Rabu, 03 April 2013

TAFKHIM dan TARQIQ

Tafkhim dan Tarqiq


Huruf hijaiah terbahagi kepada tiga bahagian dari sudut Tafkhim( التفخيم )dan( الترقيق )Tarqiq. Pertama: Huruf yang sentiasa ditebalkan iaitu Huruf-huruf Isti'la'. Kedua: Huruf yang kadangkala ditebalkan dan kadangkala dinipiskan bacaannya mengikut keadaan ayat. (Alif - Lam Lafaz Allah - Ra').
Ketiga: Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu Huruf Istifal selain daripada huruf Lam dan Ra'.

Pengertian Tafkhim
Tafkhim( التفخيم )Dari sudut bahasa: Gemuk (tebal).
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Ibarat kekuatan masuk pada bunyi huruf hingga bunyinya memenuhi mulut. Huruf Tafkhim terdiri dari tujuh huruf yang terkandung di dalam bait syair( خص ضغط قظ ).



- Peringkat pertama Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan selepasnya terdapat huruf Alif contohnya:( قال ).

- Peringkat kedua Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris atas dan tidak ada selepasnya huruf Alif contohnya:( خلقكم ).

- Peringkat ketiga Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris hadapan contohnya:( يقول ).

- Peringkat keempat Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim Sukun contohnya:( إقرأ ).

- Peringkat kelima Tafkhim ialah apabila huruf Tafkhim berbaris bawah contohnya:( قيل ).

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar